SELAMAT DATANG

Monday, June 7, 2010

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:Cd2cZ0TR3_APmM:http://hendrajefri27.blog.com/files/2009/07/computer3b.jpg

DEFINISI PPBK

  • Computer Assisted Learning ( CAL )
  • Computer Assisted Instruction ( CAI )
  • Computer Based Instruction ( CBI )
  • Computer Aided Learning ( CAL )
  • Computer Based Learning ( CBL )
  • Computer Managed Learning. ( CML )

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

CIRI-CIRI PPBK

  • Berasaskan individu
  • Boleh diulang
  • Bahan disediakan oleh guru
  • Ramah pengguna
  • Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
  • Interaktif

KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK


MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN
|
V
------> CUBAUJI / UJICUBA <--------------
| | |
| V |
!------> TAMBAHBAIKAN |
| |
V |
LAKSANA PENGAJARAN <-----------!



JENIS – JENIS PERISIAN PPBK

  • Verbal
  • Latih tubi
  • Simulasi
  • Inkuiri
  • Tutorial
  • Penyelesaian Masalah
  • Permainan

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif VERBAL

  • Pengajaran terancang
  • Buku kerja, bahan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar
  • Pelajar memberi respon jawapan pilihan
  • Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
  • Komputer memberi jawapan secara verbal

Contoh PPBK Verbal

1) Pelajar menggunakan Sistem Pembelajaran SCORE-A E-LEARNING.

2) Setelah menjawab, pelajar akan merujuk jawapan melalui system tersebut.

3) Setelah itu, komputer akan memberikan pengesahan sama ada jawapannya betul atau salah dengan memuji pelajar “ Tahniah” atau “ Cuba Lagi”

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif LATIH TUBI


-------> MASALAH <--------------> SOALAN <--------
| |
--------------------> ULANGAN <--------------------

Contoh PPBK Latih Tubi

1. Guru menyuruh pelajar mencari sesuatu gambar di internet.

2. Murid-murid diminta meneliti gambar tersebut dan menaip ayat mengenainya.

3. Guru memberikan contoh ayat yang sesuai. Murid diminta membaca dan menaip ayat tersebut.

4. Guru menyuruh murid mencari gambar lain yang hampir sama dan menyuruh murid membina ayat sendiri berdasarkan contoh tadi.

5. Proses ini diulang-ulang dengan gambar-gambar lain dan hari demi hari kesukaran gambar ditingkatkan.

6. Guru dari masa ke semasa akan membantu murid yang mengalami kesukaran.

7. Bagi murid yang berjaya mengolah idea atau membuat ayat yang baik, guru akan mengucapkan “very good” atau “bagus” atau memberi bintang kepadanya. Ini sebagai penggalak semangat.kepada murid tersebut.

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif SIMULASI

  • Lebih berbentuk permainan
  • Sesuai dalam pengajaran matematik
  • Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza
  • Memberi suasana yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu fenomena sebenar dunia luar.
  • Ia dapat mempergiat aspek kognitif, efektif dan psiokomotor melalui kemahiran intrapersonal, interpersonal, kemahiran berbahasa dan kinestatik.

Contoh PPBK Simulasi

1. Guru menunjukkan video berkaitan fenomena alam gunung berapi. Murid memerhatikan, mengkaji, kemudian menulis apa yang difahaminya tentang video berkenaan.

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif INKUIRI

  • Ia berkaitan kajian pelajar tentang sesuatu benda yang perlu kepada pemerhatian.
  • Ia sangat kompleks untuk disediakan
  • Ia sesuai untuk matapelajaran sains

Contoh PPBK Inkuiri

1. Pelajar bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran

2. Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuk diselesaikan

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif TUTORIAL

  • Isi pelajaran tersusun
  • Pelajar boleh menjawab soalan
  • Komputer beri maklum balas

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif PENYELESAIAN MASALAH

  • Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
  • Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
  • Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
  • Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

Contoh PPBK Penyelesaian Masalah

1. Guru memberi soalan kepada pelajar untuk dijawab melalui computer.

2. Murid menjawab dan menyelesaikannya menggunakan bantuan komputer.

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK_files/image003.gif PERMAINAN

  • Permainan berorientasikan pembelajaran
  • Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
  • Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

Contoh PPBK Permainan

1. Guru memberikan soalan teka silang kata didalam internet berkaitan tajuk.

2. Pelajar menjawab berdasarkan masa yang ditentukan guru, siapa habis dahulu akan mendapat hadiah.

KELEBIHAN PPBK

  • Penumpuan kepada pelajaran
  • Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
  • Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
  • Interaktif
  • Kolaboratif
  • Individu

KELEMAHAN PPBK

  • Kos tinggi
  • Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian